Followers

Wednesday 2 November 2011

Tiada gambar yang baru,
jarak juga terpisah beribu batu,
tetapi kemas dirimu di dalam kalbu,
tidak pernah saat itu terlepas tanpa aku mengingatimu.

Ingin sungguh untuk bersama,
duduk berdua bersembang semua,
wajah depan wajah,
dan suara menggegar gegendang telinga,
bertukar itu dan ini cerita,
cerita aku,
cerita kamu,
cerita kita berdua dan apa yang kita lalu,
ingin ketawa, biar sama bercanda mesra,
ingin muram, biar berkongsi sedih bersama.

Tapi kini hanya mampu menghantar doa,
dan berhubung di atas talian,
mohon kepada Allah agar hubungan ini kekal,
dan bertahan hingga ke syurga berpimpinan.

(JUZ COPY FROM HILAL ASYRAF WALL..TP, MKNANYE MENINGGALKAN KESAN DI HATI..SAHABAT,KU MERINDUI MU KERANA-NYA..)a

No comments:

Post a Comment